Monday, March 10, 2008

Latar Belakang Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) masih baru dalam industri Takaful dan insurans. Namun begitu, ini tidak bermakna organisasi kami kecil atau kurang berpengalaman.
Visi kami ialah berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan terpilih berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam.
Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berteraskan nilai-nilai Islam. Kami bertekad membantu para peserta kami dengan mewujudkan dana simpanan bagi melindungi orang yang disayangi, tanggungan dan asset mereka. Langkah proaktif ini bertujuan memastikan mereka memperolehi jaminan keselamatan dan keyakinan kerana kami menawarkan bantuan kewangan disaat mereka amat memerlukannya.
Kami yakin, ini adalah sebahagian daripada nilai IKHLAS itu sendiri.Sebagai sebuah anak syarikat Malaysian National Reinsurance Berhad atau MNRB, Takaful Ikhlas berkedudukan kukuh bagi memastikan keupayaan kami, menunaikan janji kami kepada para peserta dan menawarkan jaminan kepercayaan kepada rakan perniagaan kami.
Untuk kekal berdaya saing, kami akan terus memperkenalkan produk berinovatif yang mengutamakan keperluan peserta di kedua-dua sektor Takaful Keluarga dan sektor Takaful Am, dengan cirri-ciri produk yang menawarkan kelainan berbanding pelan perlindungan yang lain. Matlamat kami adalah menjadi peneraju dalam mewujudkan piawaian baru perkhidmatan terutamanya dalam aspek tuntutan, di samping membina tahap kesetiaan jangka panjang pelanggan.